2 Jam Beratur Untuk ‘Sw4b T3st’, Rupanya Tersilap Masuk Barisan Beratur Untuk Ayam Bakar

Bayangkan ada dah beratur dalam tempoh masa yang lama untuk sesuatu, namun anda hanya sedar sedang berada dalam barisan yang salah setelah sekian lama. Inilah yang terjadi kepada seorang wanita di China.

Ekoran kes Covid-19 semakin meningkat di China, rakyat mereka perlu membuat ujian swab untuk tujuan keselamatan dan kesihatan.

Di Hangzhou, seorang wanita yang bernama Lena pergi ke hospital berdekatan rumah untuk membuat ujian swab. Disebabkan barisan yang terlalu panjang, dia difahamkan telah beratur selama 2 jam sebelum tiba gilirannya.

Setibanya di hadapan, wanita ini baru sedar bahawa barisan tersebut bukanlah untuk ujian swab. Namun barisan tersebut adalah untuk ayam bakar yang kedainya terletak berdekatan dengan hospital.

Memandangkan dia sudah beratur terlalu lama dan baru menyedari akan situasi itu setibanya di barisan hadapan, wanita ini akhirnya membeli 2 set ayam panggang, lalu pulang terus ke rumah.

Insiden lucu ini ternyata menjadi topik perbualan warganet di China. Rata-ratanya meluahkan rasa ingin tahu mereka terhadap keenakan ayam bakar itu sehingga membuatkan barisan pelanggan masuk sehingga ke kawasan hospital.

Siapa pernah kena macam situasi di atas? Penat tu nak beratur balik…

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : lobakmerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *