
Baru-baru ini peminat drama bersiri berjudul Puteri dikejutkan dengan berita gembira yang telah dikongsikan oleh pelakon utama drama tersebut sendiri iaitu Nora Danish apabila diumumkan bahawa Puteri bakal mewarnai penonton pada Mei nanti.
Nora Danish juga berkongsikan perkembangan mengenai drama tersebut kepada umum manakala selain dapat dilihat watak Kenchana Dewi sebagai Kamala, terdapat juga pelakon, Ruhainies turut berlakon bersama mereka.
Lebih menguatkan lagi hal itu, Ruhainies terbaru memuat naik video dia bersama Nora Danish dan Kenchana Dewi di aplikasi TikTok dengan membuat video trend.
Walau bagaimanapun, umum diketahui Ruhainies sering dikatakan seperti kembar pelakon jelita, Nora Danish sehinggakan ada yang pernah tertukar gara-gara wajah mereka yang kelihatan sama.
Sehinggakan ada juga yang berharap agar mereka digandingkan sebagai adik beradik. Meskipun tidak dapat dipastikan watak apa yang dibintangi oleh Ruhainies, namun ramai yang teruja melihatkan video mereka bersama ini.
Melihatkan ruangan komen, selain terhibur dengan gelagat Nora Danish, Ruhainies dan Kenchana Dewi mengikuti video trend di aplikasi TikTok tersebut, nampaknya rata-rata netizen turut meninggalkan bermacam-macam komen mengenai wajah sama Nora Danish dan Ruhainies.
“Macam kembar…”
“Sedara dengan Nora Danish ke…”
“Sama la…”
“Pergh macam kembar”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru
Sumber : HCL
PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.