Netizen Terkedu Tengok Gadis Pakai Sepit Rambut Cicak, “Takde Haiwan Lain Ke Kak…”

Kalau sebut tentang cicak, pastinya ramai yang cukup geli dan takut sekiranya ternampak haiwan itu di dalam rumah. Tetapi lain pula yang dilakukan gadis ini apabila dia siap memakai penyepit rambut dengan bentuk cicak sekaligus membuatkan ramai terkedu melihatnya.

Bukan sahaja kelihatan seperti cicak sebenar malah ramai yang turut geli melihat gadis itu memakai penyepit itu pada rambutnya. Sekali pandang juga, ianya kelihatan seperti cicak sebenar yang terjatuh di atas kepala gadis itu pula.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu menunjukkan penyepit rambut yang dimilikinya itu di mana ianya berbentuk seekor cicak. Dalam masa yang sama, kelihatan penyepit rambut itu yang dipegang dan kemudian dipakaikan pada rambutnya.

Apa yang menarik perhatian ialah sebaik sahaja ianya dipakaikan pada rambutnya, ia turut kelihatan seperti seolah-olah seekor cicak yang terjatuh ke atas kepalanya. Walaupun ianya kelihatan menggelikan, gadis itu dilihat begitu tenang dan langsung tidak takut mahupun geli seperti yang lain.

penyepit

Malah netizen pula berseloroh tertanya-tanya mengapa cicak juga yang dipilih oleh gadis itu dan bukannya haiwan lain yang lebih comel. Namun ada juga yang menyangka mungkin juga gadis itu bukanlah seorang yang takutkan cicak seperti orang lain.

Di ruangan komen, netizen turut memberikan reaksi mereka sebaik sahaja melihat penyepit rambut yang digunakan ini. Ada juga yang berseloroh mereka hampir sahaja mencampakkan telefon mereka gara-gara terkejut melihatnya.

“Takde haiwan lain ke kak.”

gadis

“Hampir tercampak fon aku.”

cicak

“Jantung aku berhenti berdetak 2 detik.”

komen

“Yang bukan bukan aje.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.