Gadis Berniaga Depan Kvbur ! Tawarkan Khidmat COD Jika Ada Pelanggan Yang Takut Nak Datang

JIKA kebanyakan orang memilih untuk menyambung pengajian selepas tamat sekolah, gadis ini memilih untuk berniaga.

Menurut Siti Fatin Nasuha, dia lebih berminat untuk menjual makanan berbanding meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sejurus tamat persekolahan.

Gerai jualan gadis berusia 21 tahun ini menjadi tarikan ramai apabila dia menjual kerabu Maggi dan burger di hadapan tanah perkvburan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Maklang, dia berniaga makanan ini secara berseorangan sahaja setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 11.30 malam.

“Kedai tu sebenarnya abang saya yang mula berniaga dulu. Tapi tak lama lepas tu dia dapat tawaran kerja di negeri lain. Saya rasa sayang pula kalau biarkan macam tu je jadi saya buat keputusan ambil alih berniaga.

“Jadi saya pun mulakan perniagaan dan bagi nama kedai tu Gerai Maklang sebab saya seorang je berniaga. Sebenarnya gerai tu pun sudah dikenali masa abang berniaga dulu lagi.

“Abang buka kedai dekat situ sebab tempatnya strategik terletak dekat jalan utama keluar masuk kampung. Cuma kedai dia betul-betul depan kvbur. Sebelum ni kvbur tu ada pagar tapi sudah diruntuhkan jadi setiap hari berniaga memang saya h4dap kvbur,” jelasnya.

Keadaan gerai Maklang pada waktu malam di Bukit Kechik, Kelantan.

Maklang turut menjelaskan bahawa rumahnya yang terletak di Bukit Kechik, Kelantan juga terletak bertentangan dengan tanah perkvburan.

Ujar Maklang, dia sudah terbiasa melihat tanah perkvburan ini sejak kecil, bermula dengan sedikit sahaja ahli kvbur dan kini sudah dipenuhi dengan ‘penghvni’.

Walaubagaimanapun, menurutnya dia tidak pernah dig4nggu dengan sebarang g4ngguan m1stik sepanjang tempoh berniaga di kawasan itu.

Keadaan gerai Maklang pada waktu siang yang turut menyer4mkan.

“Sejak habis SPM, sudah lebih tiga tahun saya berniaga kat depan kubur ni. Memang saya akan berniaga sampai lewat malam pun setiap hari. Kalau ramai orang datang, saya tutup lewat sikit.

“Selepas pagar kawasan kvbur diruntuhkan seramlah juga. Tambah lagi kalau ada kem4t1an, saya takvt juga. Saya akan minta kakak teman sebab lepas pukul 10 malam, jalan tu agak sunyi.

“Cuma kebanyakan orang dekat kampung ni pun dah terbiasa jadi mereka tak takut nak datang beli. Tapi ada juga yang t4kut nak datang malam-malam, jadi yang mana tinggal dekat kawasan Tanah Merah, saya pergi hantar je naik motosikal,” kata Maklang.

Perkongsian Maklang keadaan gerainya untuk berniaga burger dan kerabu maggi.

Bercerita lanjut mengenai video tular sehingga meraih hampir 1 juta tontonan di TikTok itu, Maklang menerima banyak mesej di ruangan komen.

“Ni kedai adik aku, kalau hari dia t4kut aku yang kena teman. Tapi tak apa janji dapat makan kerabu free sambil ins4f tengok batu nisan.

“Karang datang, tahu tahu esok pagi orang kampung cakap ‘kedai makan tu dah lama tutup’ hmm ser4m.

“Sambil membeli sambil mengingat kem4t1an,” merupakan antara beberapa komen yang ditulis.

Maklang tidak mengambil hati malah menganggap bahawa komen pada video di TikTok sebagai jenaka sahaja.

Namun begitu, jelas gadis ini dia tidak mengambil hati malah menganggap bahawa komen tersebut sebagai jenaka sahaja.

Malah, ada yang meminta Maklang menceritakan pengalaman mistik yang pernah berlaku sepanjang dia berniaga namun jelasnya tiada sebarang ‘kekacauan’ berlaku setakat ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.