[VIDEO] “Kami Baru Sahaja Bernikah, Tiba-Tiba Doktor Kata Aku Kena Buang Rahim Aku”

Setiap pasangan yang bergelar suami isteri sudah pasti menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka namun tidak semua pasangan yang bernasib baik untuk memiliki zuriat.

Namun begitu, lain pula kisah seorang wanita tabah yang menerima dugaan cukup besar apabila doktor menyarankan agar rahimnya perlu dibuang.

Doktor sahkan rahim perlu dibuang

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Reena Suhaimi di TikTok, berkongsi kisah hidup yang bakal mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, wanita berkenaan menerima khabar duka apabila doktor mengesahkan bahawa rahimnya perlu dibuang kerana fibroid.

“Kami baru sahaja bernikah. Tiba-tiba doktor kata aku kena buang rahim aku.”

Ujarnya, dia mengalami pendarahan yang teruk dan berketul-ketul sehingga mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah di dalam badan.

Bleeding tak henti-henti tu buat heartbeat low dan berketul-ketul sampai anemia.

Cuba bertahan tapi tak larat sebab asyik bleeding sampai anemia. Jadi susah nak bekerja dan beribadah. Tak larat setiap hari. Pernah D&C (procedur buang tisu di rahim) tak berkesan jugak.”

Dalam pada itu, Reen juga memaklumkan bahawa dia bakal melakukan pembedahan untuk membuang rahimnya pada Jumaat ini dan berharap agar dia bersama suaminya kuat menempuh dugaan ini bersama-sama.

‘Dugaan berkahwin tempuhi bersama’

Pautan Video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : reen_baik

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : ohbulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.