Pemergian Yang Sangat Indah, Lelaki Dijemput Ilahi Ketika Baca Al-Quran

 

SUNGAI PETANI : Lelaki berusia 54 tahun ditemukan meningg4l dunia dalam keadaan terbaring di ruang solat Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu.

Terdahulu, saksi kejadian yang juga kakitangan masjid memaklumkan, mngsa sedang membaca al-Quran sebelum dilihat terbaring tidak sedarkan diri.

Kakitangan masjid terbabit kemudiannya memaklumkan kepada seorang guru yang juga abang iparnya mangsa sebelum pemeriksaan mendapati dia sudah tidak berny4wa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, abang ipar mangsa kemudian menghubungi ambulans dan pegawai kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan m4ngsa sudah meningg4l dunia.

“Anggota Balai Polis Tikam Batu yang menerima laporan jam 9.50 pagi bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati jen4zah berada atas lantai ruang solat masjid terbabit.

“Hasil siasatan lanjut, saksi memberitahu arw4h sebelum itu dilihat duduk di belakang sambil membaca al-Quran selepas selesai solat Subuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bagaimanapun saksi mendakwa arwah dilihat terbaring dan tidak sedarkan diri tidak lama kemudian sebelum dia memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga arwah.

“Hasil temubual dan siasatan lanjut, isteri arwah mendakwa suaminya mempunyai penyakit darah tinggi namun tidak menjalani rawatan di hospital dan hanya makan ubat yang dibeli di farmasi.

“Pemeriksaan pada tubuh badan mendapati tiada kesan luka atau lebam serta sebarang unsur jen4yah dan kes diklasifikasi sebagai m4ti mengejut,” katanya.

Menurutnya, m4yat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan Cov1d-19 diperoleh.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : hmetro

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.