‘Maryam Jgn Berseorangan, Ada Yang Memerhati Tu…’ Netlzen naslhat FizoOmar

Sebelum ini percutian Fizo Omar bersama isteri dan anaknya ke Johor Bahru mendapat perhatian netizen selepas foto Maryam yang dilihat berseorangan tular. Timbul dakwaan kanak-kanak itu diabaikan namun Fizo Omar menafikannya.

Netlzen bagi nasihat

Terbaru, foto yang dikongsi pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar di laman Facebook bersama ibu, isteri dan anak tersayang mencuri perhatian wargamaya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menerusi foto yang dikongsi Fizo hanya menggunakan kapsyen ringkas emoji love berserta tarikh 2.2.22 dan dilihat sedang berada di sebuah restoran di Bentong, Pahang. Bagaimanapun, menerusi pemerhatian pihak OHBULAN! wargamaya dilihat aktif memberikan komen dan meminta supaya pelakon Pengantin Satu Malam supaya lebih berhati-hati.

Dkwa mereka, Fizo perlu lebih berhati-hati memandangkan ada ramai pihak yang sedang memerhati dan bimbang peristiwa sebelum ini kembali berulang.

Walaupun menerima komen sedemikian rupa, wargamaya turut memuji cara Fizo melayan ibunya, isteri serta anak tersayang. Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Oh Bulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.