3 Tahun Di Negara Orang, Raja Ilya Sedih Rindukan Malaysia.. Rancang Untuk Dapat Anak Dalam Masa Terdekat

SETELAH lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya akhirnya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, dia dan suami merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Saya dan suami memang merancang untuk dapatkan anak tahun ini.

“Setelah lebih tiga tahun berkahwin, sudah tiba masanya untuk kami fikirkan soal keluarga.

“Jika dikurniakan rezeki anak pastinya saya sudah bersedia untuk membina keluarga,” katanya kepada mStar.

Raja Ilya sedia menjadi ibu.

Raja Ilya berpindah ke Perth, Australia sejak 2019 selepas berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018.

Dalam pada itu pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini juga meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun katanya pandemik C0vid-19 yang masih berlarutan menjadi antara faktor dia tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

“Apa boleh buat? Semoga pandemik ini segera berakhir dan saya dapat pulang berjumpa keluarga di Malaysia.

“Biasanya kalau rindu dengan Malaysia saya akan masak masakan tradisi atau menonton filem Melayu.

“Walaupun berada jauh, saya masih ambil tahu perkembangan di Malaysia menerusi Instagram dan berita semasa,” ujarnya.

Beberapa hari lalu Raja Ilya meluahkan rasa ber4ng dengan berita berkaitan k3s pakar kecantikan tidak bertauliah menyebabkan kem3tian seorang lelaki selepas mendapatkan sunt1kan membesarkan otot pvnggung.

“Kisah itu sama seperti yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Saya harapkan ia dapat membuka mata mana-mana pihak berwajib untuk mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap pengamal perubatan kecantikan tidak bertauliah,” jelasnya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber:Mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.