Dikatakan Mirip Pemain Bola Sepak, Ini Respon Aliff Syukri

Semalam, kecoh di laman sosial apabila netizen menyamakan pemain skuad kebangsaan Turki, Salih Ucan dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian di Twitter, ramai yang berseloroh dan mengatakan wajah pemain bola tersebut mirip dengan Aliff Syukri.

Tidak hanya viral di media sosial semata-mata, kekecohan itu turut disedari oleh tuan empunya badan dan memberi respon menerusi akaun TikTok miliknya.

Pengikut Aliff menerusi ruangan soal jawab menulis: “Datuk, komen pasal pemain bola sepak yang sama muka macam Datuk,” tulis individu berkenaan.

Pautan Video :

 

Aliff secara spontan kemudian menjawab:

“Ha? Korang nak suruh aku komen? Ada ke sama muka aku ni? Tang mana sama tu?

“Nak katakan orang Turki aku ni orang Jawa orang Bajak. Nak kata pandai main bola sepak tak jugak. Cuba korang komen kat bawah tang mana sama tu?

“Tapi nampak macam handsome jugak eh aku kalau macam tu, ala-ala orang Turki” ungkapnya dalam nada berseloroh.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan respons positif terhadap kesamaan wajah mereka berdua.

“Betul sebiji sama macam Datuk. Betul lah Datuk, kita di dunia ni ada tujuh kembar. Mungkin ada lagi di India, China, Pakistan, Bangladesh…” tulis seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya Aliff mengenakan jersi bola sepak seperti Salih Ucan.

“Lepas ni Datuk pose pakai baju dan seluar bola pula, lagi sama,” .

 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.