Tunggu Masa Untuk Bers4lin, Intan Ladyana dan Suami Mohon Doa Orang Ramai

Harris suami kepada Intan Ladyana berkongsi berita itu menerusi posting terbaharu di akaun lnstagram miliknya.Kelihatan Intan Ladyana menanti detik untuk bersalin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Harris juga memohon doa agar segalanya dipermudahkan.

MAHU menemani isteri dan merasai sendiri pengalaman di dalam dewan bersalin, pelakon dan penyanyi Harris Alif bagaimanapun akur jika prosedur operasistandard (SOP) tldak mengizinkannya berbuat demikian.

Kata Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 23, dia akan memberanlkan diri menemani isterinya iaitu pelakon Intan Ladyana yang dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada hujung Februari nanti.

“Saya okey nak teman dan melihat sendiri proses bersalin nanti.

“Ini adalah pengalaman pertama, pastinya saya mahu rasai sendiri.

Harris teruja dan mahu rasa sendiri pengalaman menemani isteri di bilik bersalin

“Tetapi tldak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” ujar Aliff kepada mStar.

Bakal bergelar bapa pada usia muda, Harris memberitahu dia lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan secara atas talian.

“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaik mungkin. Cari sahaja di Internet. Banyak ilmu manfaat yang boleh dipelajari.

“Jadi tak perlu saya hadiri kelas untuk belajar ilmu menjadi seorang bapa.

“Selain itu ibu bapa saya juga sering beri nasihat apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” ceritanya.

Hariss dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.

Hariss dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021.

Mereka sebelum ini tidak pernah berkongsi cerita tentang kehamilan meskipun peminat sudah dapat melihat baby bump pada Intan.

Baru-baru mereka akhirnya membuka mulut tentang kehamilan Intan dan memberitahu punya alasan sendiri untuk tidak menceritakan hal tersebut kepada umum.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.