Setahun selepas lafaz syahadah sendiri, pemuda ini akhirnya pelvk Islam secara rasmi! Ebit Lew antara individu beri pengaruh besar

USAHA murni pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam lapangan kerja kebajikan ternyata menyentuh hati rakyat negara ini.

Tidak terkecuali tentunya Muhammad Ar-Rayyan Andrew Abdullah, 23, yang turut terinspirasi dengan Ebit sehingga dia memelvk Islam secara rasmi pada Februari tahun lalu.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Rayyan turut berkongsi mengenai kisah perjalanannya dalam mencari hidayah yang sudah bermula sejak tahun 2019.

“Saya jumpa hidayah daripada kawan-kawan yang beragama Islam. Saya tertarik dengan agama ini ketika belajar silat pada tahun 2019. Saya dah mengucap pada tahun 2020, tapi pada Februari 2021 baru peluk Islam secara rasmi di pejabat agama.

“Lagi satu, saya dapat tarikan yang kuat daripada Ustaz Ebit Lew. Awalnya dulu saya tengok video dia tolong budak-budak gelandangan di Kuala Lumpur. Sejak itu saya terdetik hati nak peluk Islam, cara dia membuka hati saya.

“Saya tertarik tengok cara dia rapatkan diri dengan orang susah. Selama ini, mungkin masyarakat pandang budak-budak gelandangan tu macam tiada masa depan. Tapi saya nampak Ustaz Ebit layan mereka dengan sangat baik,” ujarnya yang menetap di Perak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Rayyan, isterinya, Hazlina Azman, 25, serta rakan-rakan sekeliling banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam prosesnya untuk mendalami agama Islam.

Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu turut menafikan tanggapan segelintir individu bahawa dia sekadar memelvk Islam untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya kenal isteri pada hujung tahun 2020. Kebetulan dia pun orang Perak. Awalnya kami sekadar berkawan, tapi dia banyak beri tunjuk ajar mengenai Islam. Lama-kelamaan baru kami rapat.

“Tapi saya dah terdetik untuk pelvk Islam sebelum kenal dia lagi. Sepanjang perkenalan, dia selalu bagi kekuatan dan kepercayaan. Akhirnya kami mendirikan rumah tangga pada Mac 2021, lebih kurang sebulan selepas saya memelvk agama Islam.

“Selain isteri, kawan-kawan pun banyak membantu. Bila berkumpul, mereka akan bersembang bab agama, kongsi ilmu dengan saya. Mereka pun selalu ajak pergi masjid,” ujarnya lagi.

Menurut Rayyan yang sebelum ini beragama Kristian, bapanya berasal dari Sarawak dan mempunyai darah keturunan Iban, manakala ibunya merupakan orang Kadazan Dusun dari Sabah.

Pasangan ini sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, dia turut berdepan cabaran ketika peringkat awal memelvk agama Islam, namun lama-kelamaan keluarganya mula mengerti dan menerima keputusannya itu.

“Penerimaan keluarga awalnya agak berat. Banyak dugaan kalau nak diceritakan, tapi sekarang dah OK, dah boleh terima. Sebab ayah pun tahu bagaimana agama Islam. Kami dah lama menetap di Perak, dikelilingi orang Islam,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rayyan turut terkejut video mengenai perjalanannya bergelar saudara baharu tular di aplikasi TikTok.

Kisah pasangan ini tular di aplikasi TikTok.

Namun kata Rayyan, dia terharu dengan doa orang ramai dan menzahirkan rasa penghargaan atas sokongan yang tidak putus-putus buatnya.

“Isteri saya yang kongsi video di TikTok. Saya terkejut bila tahu dah viral. Tapi saya tengok semua bagi sokongan. Terus saya rasa makin bersemangat.

“Sangat terharu baca komen yang baik-baik, bila dapat tahu mStar nak interview, lagi saya rasa dihargai. Saya rasa lagi kuat untuk menempuhi perjalanan ini dengan sokongan ramai,” ujarnya.

Untuk rekod, video yang dikongsi pada Jumaat menerusi akaun TikTok isterinya sehingga kini sudah menerima lebih 600,000 tontonan.

Komeen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.