“Doakan Rumah Nenek Dapat Siap Ikut Pelan Asal”- Ebit Lew

Pendakwah terkenal tanah air, Ebit Lew tampil menghadiahkan sebuah rumah kepada wanita berusia 76 tahun, Rohana Mahfuz yang sebelum ini pernah tular di media sosial apabila keh1langan rumah pusakanya yang berusia 52 tahun akibat banj1r di Hulu Langat.

Luah Rasa Syukur Dapat Hadiahkan Rumah Baru Kepada Nenek

Menerusi posting di Instagram, Ebit Lew menitipkan rasa syukur dapat menghadiahkan rumah baru kepada Rohana Mahfuz yang hanyut akibat banjir di Hulu Langat dan menceritakan bahawa nenek itu sudah tidak tahu bagaimana untuk membina kembali rumah pusakanya.

“Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Setelah rumahnya hanyut banjir di Hulu Langat. Kami akan bina semula rumah. Menangis je dari mula tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya.”-Ebit Lew

Sudah Melihat Pelan Rumah & Panggil Kontraktor

Tambahnya lagi, Ebit Lew memberitahu bahawa pihak mereka sudah melihat pelan rumah dan memanggil kontraktor untuk membina rumah baru untuk nenek tersebut.

“Kami terus tengok pelan rumah dan call kontraktor. InsyaAllah akan bina rumah baru untuk nenek. Nenek tiada suami dan anak-anak. Syukur adik beradik dan jiran tetangga ramai membantu. Serta masyarakat ramai membantu.”-Ebit Lew

Di akhir hantaran nya di Instagram, Ebit Lew turut meminta orang ramai untuk menitip doa agar rumah nenek itu dapat disiapkan mengikut pelan rumah yang asal.

Sama-sama kita doakan..

video

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : murai.my

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.