Juarai GV8, Aliff Aziz Dedahkan Apa Mahu Dibuat Dengan Wang Kemenangannya

Penyanyi, Aliff Aziz memberitahu dia mungkin akan menggunakan  sebahagian wang tunai RM100,000 yang dimenangi menerusi Gegar Vaganza 8 (GV8) untuk aktiviti jemaah dakwah yang disertainya.

Guna untuk perkara baik

 

Jelas Aliff, wang kemenangan Gegar Vaganza 8 akan digunakan untuk perkara yang baik-baik kelak. Sebagai contoh, dia akan memperuntukkan wang tersebut untuk keluarganya di Singapura dan aktiviti jemaah dakwahnya.

‘Saya sebenarnya tak fikir lagi dan masih belum hadam nak buat apa dengan wang kemenangan ini. Sebahagian akan diperuntukkan untuk keluarga di Singapura, di sini dan beberapa lagi perkara lain. Doakan semuanya lancar. Banyak lagi perancangan tapi belum boleh fikir lagi.’

Sebagai juara, Aliff berterima kasih kepada pihak produksi GV8 dan Astro kerana membuka peluang untuk dia dan peserta lain terbabit dalam program ini.

‘Saya bersyukur kerana dipermudahkan buat persembahan malam ini (tadi) dan berikan yang terbaik. Saya sematkan dalam hati ini persembahan terakhir saya dan kawan dalam GV8. Selepas ini takkan ada lagi. Jadi, saya cuma berharap semua peminat terhibur dengan persembahan kami dan terima keputusan dengan hati terbuka dan berpuashati dengan pengorbanan yang diberikan oleh kami selama 10 minggu.’

 Aliff turut memenangi Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik. Acara kemuncak GV8 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : ohbulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.