[VIDEO] Kongsikan Video Motivasi, Ramai Kagumi Gaya Percakapan Isteri Fizo Omar

Pelakon terkenal, Fizo Omar pada Oktober tahun lalu mengejutkan ramai peminat apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai, Fazeera Nazri Aziz.

Berita itu bagaimanapun disambut gembira oleh peminatnya berikutan dia dan wanita pilihan hatinya itu, tahu-tahu diketahui umum sahaja sudah sah bergelar suami dan isteri.

Fazeera Nazri Aziz nampaknya juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian peminat Fizo Omar apabila kecantikannya disaat dikongsikan foto-fotonya membuatkan ramai memberikan pujian buatnya.

Terbaharu ternyata tidak hanya kecantikan isteri Fizo Omar ini sahaja yang mendapat pujian warganet. Ini kerana selepas satu rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi, TikTok membuatkan rata-ratanya memuji kepandaiannya pula.

Dapat dilihat menerusi hantaran video yang dikongsikan ini memaparkan, isteri Fizo Omar memberikan kata-kata motivasi dan percakapannya itu menerima ribuan tanda suka ramai.

Pautan Video

Dalam pada itu, ada juga warga TikTok menyangka Fazeera membuat video alih suara dan rupanya ia merupakan suaranya sendiri sekali gus ramai suka mendengarkan kata-kata motivasi yang dikongsikannya itu.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.