‘Hingga Akhir Waktu’ – Lagu Terbaru Uyaina Arshad Ceritakan Kisah Ibu Bapanya

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad mengangkat kisah hidup orang tuanya dalam video muzik (MV) Hingga Akhir Waktu yang dilancarkan pada Ahad, jam 9 malam ini di saluran YouTube miliknya.

Menurut Uyaina, arw4h bapa, Leftenan Komander Arshad ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang men1nggal dun1a ketika Uyaina berusia lima tahun di New Zealand.

Hingga Akhir Waktu adalah lagu yang ditulis bersama oleh Raja Syahiran. Interpretasi lagu ini luas. Bukan sahaja terhadap pasangan, tetapi cinta ibu bapa kepada anak anak, dan anak anak kepada ibu bapa.

“Malah kisah kedua ibu bapa saya adalah cerita yang kami angkat sebab ia adalah berdasarkan kisah sebenar. Arw4h Baba saya adalah seorang anggota TLDM.

“Baba men1nggal dun1a ketika saya berusia lima tahun di New Zealand. Hampir 25 tahun berlalu, Ummi tak berkahwin lain dan membesarkan empat orang anak seorang diri.

“Bagi Ummi, erti Hingga Akhir Waktu adalah cinta bersama arwah suaminya dan kebahagiaan yang dikongsi bersama anak anak dan cucunya,” katanya.

Berkongsi lanjut lagu Hingga Akhir Waktu, idea asal bermula daripada suaminya Raja Syahiran dan jalan cerita melalui Uyaina sendiri, sementara lirik oleh Iky Asyraf, Raja Syahiran dan Uyaina.

Menariknya, dalam MV itu, Uyaina melakonkan watak ibunya, Siti Noor Farah.

“Saya memegang watak Ummi ketika muda dan abang saya yang nombor dua, Kapten Azameer Uzreem memegang watak sebagai arw4h Baba waktu muda.

“Semoga lagu dan MV lagu Hingga Akhir Waktu dapat diterima baik. Saya tidak sabar nak melihat maklum balas daripada semua. Dalam masa sama, saya ingin mesej dalam lagu dan MV ini sampai,” katanya.

Sehingga kini muzik video berkenaan sudah pun menerima  lebih 24,000 tontonan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : MH via sinarviral

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.