Ditanya Tentang PKP Di Aidilfitri, Ini Jawapan Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi PKP akan dilaksanakan di negara ini pada masa akan datang dalam berhadapan p4nd3mik CVD-19.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan tiada sek4tan perjalanan kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan PKPD.

“Tiada lagi sek4tan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di pejabat KEMAS Daerah Bera.

Beliau mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan akan ada penutupan ekonomi menyebabkan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana penul4ran w4bak CVD-19.

Menurut Ismail Sabri spekulasi berkenaan adalah tidak benar dan rakyat khususnya umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak perlu bimb4ng kerana tiada lagi sek4tan ekonomi atau sek4tan perjalanan dilaksanakan.

Dalam pada itu mengulas mengenai peningkatan jumlah kes CVD-19 yang merekodkan 4,115 kes semalam beliau berkata ia sememangnya membimb4ngkan dan perlu dib3ndung.

“Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang, kita tidak mahu negara kita mencapai angka seperti negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan end3mik apabila jumlah j4ngkitan di bawah 1,000,”.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: K!Online

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.