“Laju betul!”- [VIDEO] Cubaan ‘Lari Rumah’ Budak Ni Buat Ramai Terhibur

Korang yang ada adik ke anak kecik atau anak buah tu mesti dah biasa kan layan gelagat diorang yang macam-macam ragam tu?

Ya lah…ada yang suka memanjat, tangan tak reti duduk diam lah, ada je benda yang dia nak capai. Itu belum kira mulut lagi, pot pet pot pet tak berhenti! Geram kadang-kadang! 

Tapi, ada juga keletah budak-budak kecil ni yang mencuit hati. Contohnya macam video perkongsian daripada ibu ini. Comel betul anak dia ‘lari rumah’. Tak padan dengan belum dapat kaki!

Pautan Video

Perkongsian daripada seorang ibu yang menggunakan akaun TikTok bernama @cikros9089 ini telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 685.4 ribu dalam masa tak sampai sehari! Kalau tengok gaya budak ni nampak macam tak sampai setahun lagi. Kemain laju dia merangkak!

“Akal baru anak soleh…nasib baik dulu mama atlet, boleh kejar adik…HAHAHA” tulis Cik Ros di bahagian kapsyen postingnya.

Video berdurasi 22 saat yang hanya memperlihat anaknya merangkak ‘lari rumah’ itu telah berjaya buat ramai yang terhibur! Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang geli hati melihat gelagat si kecil itu.

Ini kalau dibiarkan jauh boleh sampai ke taman depan ni pergi dia! Tak padan dengan kecik! Kalau dah dapat kaki nanti agaknya jenuh mama dia nak kejar!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : lobakmerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.