‘Polis & Thief Sebenar’ – Gelagat Lelaki dan P0lis Berkej4r4n Undang Gelak

Sesiapa sahaja pasti akan berasa cuak setiap kali melalui roadblock yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial apabila gelagat seorang lelaki yang dikejar oleh polis trafik menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih tiga juta tontonan setakat ini. Perkongsian ini turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihat situasi yang serius itu menjadi lucu dengan suntingan ini.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang sedang berlari di tepi jalan sambil dikejar oleh seorang polis trafik. Menurut pemilik video, lelaki itu difahamkan cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya yang sedang dijalankan.

Namun apa yang melucukan ialah hasil suntingan video itu yang siap menggunakan lagu Gadis Dan Bunga nyanyian penyanyi terkenal Rahimah Rahim. Malah lagu tersebut juga kini banyak digunakan di aplikasi Tik Tok itu dan menjadi ikutan ramai.

lelaki

Aksi kejar mengejar di antara polis trafik dan lelaki ini juga berlarutan sehingga ke penghujung video di mana lelaki itu masih lagi cuba meloloskan dirinya. Melihatkan situasi yang genting ini, netizen turut berseloroh hasil suntingan ini berjaya menukar situasi tersebut menjadi lucu.

“Scene serius tapi masuk dalam tik tok jadi macam main polis entry dah.”

polis

“Mungkin polis tu nak bagitau yang dia terkeluar dari track marathon agaknya.”

roadblock

“Dalam berita pun ada pasal ni, tak berenti lagi dia orang berkejaran sampai sekarang.”

komen

“Takpe bang polis saya dah pause kan video ni supaya lelaki tu tak lari jauh…”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.