Datuk Seri Mahadi dapat hadiah kahwin, sampai dia sendiri pun terkejut

Majlis perkahwinan adalah hari yang paling ditunggu bagi bakal raja sehari. Biasanya pada hari bahagia di majlis perkahwinan inilah kita mahu tampil anggun dan cantik.

Pelbagai tema dipilih untuk memeriahkan suasana detik paling membahagiakan ini.

Walau apa juga tema yang dipilih, penampilan hari itu mestilah mahu menjadi antara Ratu Sehari paling anggun dan cantik.

Tidak dinafikan ada yang memilih tema simple, klasik, garden wedding dan ada juga yang tertarik untuk menggayakan tema Bollywood sempena majlis perkahwinan.

Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi keluarga suami Heliza Helmi di sebuah hotel mewah di Pulau Pinang.

Memilih persalinan lengkap bertemakan Bollywood dengan Heliza anggun mengenakan persalinan lengkap rona merah terang.

Dengan sentuhan mekap ala pelakon Bollywood, pengantin perempuan kelihatan cukup memukau mata ramai apalagi dengan mengenakan selendang merah keemasan.

Bagi menyambut kemasukan pengantin pula, hanya alunan selawat ke atas Nabi bergema dengan penuh tenang dalam dewan besar tersebut.

Meskipun tidak mengenakan eksesori seperti kebanyakan selebriti lain, Heliza tetap kelihatan sopan dan cantik.

Umum mengetahui, penyanyi, Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari yang lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sejak tahun 2019 lagi, Dato’ Sri Mahadi telah ‘menyimpan’ perasaan terhadap Heliza dan menganggap perasaan itu hanyalah sekadar peminat terhadap artis.

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, kini bergelar isteri ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Berita perkahwinan Heliza dan Mahadi dikongsi oleh perunding perkahwinan, Fizz dari BenSignatures Event Wedding Planner.

 

Dapat Hadiah Kereta Alphard

Dalam perkongsian terbaru, Datuk Seri Mahadi telah mendapat hadiah kahwin dari sahabat baik

“MasyaAllah tabarakAllah…

2 minggu lalu bila sahabat saya Dato @d1.aswan cakap dia nak beri hadiah perkahwinan, ingatkan nak bagi apa ka ghupanya nak hadiahkan ‘Majlis Resepsi’ untuk kami di The Light Hotel, Penang.. Terkezut juga dengan cara orang beri hadiah ni.

“Apa pun Jazakumullah Khayran Katsiran untuk sahabat saya ni, semoga Allah mengembalikan rezeki padanya dengan lebih lagi. Asbab majlis boleh menyantuni keluarga2, guru2 dan sahabat2 juga menyantuni anak yatim bersama sama dalam majlis di sekitar utagha..

“Wifey pun dapat hadiah dari @mila_jirin hari Sabtu ni berupa ‘majlis resepsi’ juga di Grand @bizmilla_wedding_centre.. MasyaAllah..

“Doakan kami dan kita semua supaya sentiasa berada di dalam rahmat dan redha Allah sentiasa, may Allah grant us Jannatul Firdaus InsyaAllah…”

Difahamkan, suami Heliza adala pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Terdahulu, Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi mengakui, tidak pernah tertekan saat disoal mengenai jodoh.

“Keutamaan saya kepada keluarga dan misi kemanusiaan yang dilakukan.

“Saya bersyukur ibu bapa tidak memberi sebarang tekanan mengenai soal jodoh,” katanya.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: riverbed.me

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.