“Beliau Memen4ngi 7 Ping4t Emas & 3 Ping4t Perak Utk M’sia. Kini Dia Menjval Tisu Di Jal4nan”

Ketika menjadi atlet dan berjaya mengharumkan nama negara dalam pelbagai temasya atau kejohanan, mereka ini dijulang dan dipuji.

Namun, selepas mereka bersara atau bertukar pekerjaan, pasti akan timbul isu nasib mereka tidak dipedulikan.

Baru-baru ini, tular mengenai kehidupan seorang bekas atlet paralimpik renang negara Koh Lee Peng yang menjual beg tisu buatannya sendiri di sekitar Bukit Bintang demi menyara hidup mendapat pelbagai reaksi.

Rata-rata netizen yang mendengar khabar itu berasa sedih melihat nasib ahli sukan yang pernah mengharumkan negara dengan merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak, masing-masing ketika beraksi di temasya Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 itu.

Nasib yang menimpa Lee Peng turut dirasai penyayi popular era 90-an, Francissca Peter yang menganggap perkara yang berlaku sangat menyedihkan bagi para atlet negara.

Dalam pada itu, ramai turut mempersoalkan peranan badan berwajib dalam memberi bantuan kepada para atlet selain mengatakan mereka seharusnya dilayan penuh hormat.

Kisah Lee Peng pernah menjadi bualan ramai pada tahun 2019 susulan dakwaan dipergunakan oleh sindiket untuk mengutip derma dengan menjual beg tisu di Bukit Mertajam.

‘Harap dapat terima cara saya berdikari’

Memetik Berita Harian, Lee Peng yang cacat kedua-dua kaki dan bergerak menggunakan kerusi roda demi mencari rezeki seharian itu berkata, simpati orang ramai bukan sesuatu yang ditagih selain berharap mereka menerima cara dirinya berdikari.

“Kepada siapa lagi saya nak harapkan. Mulut orang saya tak boleh kawal dan apa yang penting saya tahu apa yang saya lakukan.

“Orang cakap macam-macam terhadap saya, saya tak boleh buat apa, saya hanya boleh telan air liur saja. Memang kerja saya begini, selesa atau tidak, saya kena teruskan hidup,” katanya.

Difahamkan, Lee Peng mendapat bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) tetapi tidaklah setiap bulan atau setiap hari selain masih ramai lagi atlet yang memerlukan bantuan sepertinya.

Isu kelangsungan hidup bekas atlet seperti ini wajar menjadi iktibar kepada semua ahli sukan yang masih aktif.

Ironinya ini bukan kes baharu membabitkan kesempitan hidup bekas atlet ternama terutamanya yang pernah bergelar atlet negara.

Mereka pernah berada di puncak karier, disanjung oleh semua peminat, mendapat pelbagai insentif kewangan mahupun gaji sebagai pemain profesional namun bila bersara atau mengalami kecederaan, kehidupan mereka menjadi sangat tidak menentu.

Koh Lee Peng Mohon Rakyat Malaysia Menghormatinya Mencari Rezeki

 

Sumber: Berita Harian, Twitter

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : rosemerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.