“Cepat Cari Menantu Untuk Papa Awak” – Wish Birthday Ayah, Dafi Kena Sakat ‘Bawa’ Balik Isteri?

Perdana Menteri kesayangan ramai, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 semalam.

Susulan itu, kebanyakan media sosial ‘dihujani’ dengan pelbagai ucapan yang mendoakan kesejahteraan PM kesembilan itu.

Tidak terkecuali, anaknya Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri.

Menerusi satu posting terbaru, Dafi memuat naik gambar dia bersama ayahnya turut mengayakan baju Melayu lengkap bersampin.

“Selamat hari jadi papa, love you so much,” tulis Dafi sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, kebanyakan netizen turut mengambil peluang untuk turut serta memberikan ucapan masing-masing.

Namun, dalam pada banyak ucapan yang diberi, ada juga netizen yang mengusik supaya Dafi mencarikan menantu untuk ayahnya.

“Sanah helwah DS @ismailsabri60 semoga Allah mudahkan pengurusan pentadbiran negara buat DS dan pasukannya”.

“Semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. And semoga Dafi cepat kawin”.

“Semoga panjang umur dan cepat dapat menantu untuk papa awak,” tulis beberapa netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Sebelum ini, Dafi pernah diusik oleh bapanya yang meminta supaya penyanyi itu ‘membawa pulang’ isteri.

Usikan itu dibuat Ismail ketika sambutan ulang tahun Dafi, 14 Disember lalu menerusi satu posting di Instagram.

Walau bagaimanapun, Dafi menyatakan dia enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Malah, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia ini turut menyerahkan soal pencarian pasangan hidupnya kepada ibu bapanya.

Untuk rekod, Ismail Sabri dilahirkan di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960.

Tidak seperti Perdana Menteri sebelum ini yang dilahirkan di atas dulang emas atau keluarga bangsawan, Ahli Parlimen Bera itu hanyalah anak seorang penoreh getah.

 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.