Peminat terkejut pertama kali tengok, rupanya Yassin Senario ada isteri yang cantik dan anak perempuan yang comel

SELEPAS bertanding di pentas Gegar Vaganza 8, kemunculan Yassin Yahya dan Saiful Apek melalui kumpulan Sa.Ya menjadi bualan ramai.

Mampu bertahan sehingga mingu kelapan, pertandingan nyanyian itu menaikkan kembali nama kedua-dua ahli kumpulan Senario itu.

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok sebuah video yang memaparkan kemunculan Yassin bersama seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dipercayai isteri dan anaknya.

Tanpa disangka-sangka dua insan istimewa dalam hidup pelawak itu turut terkena tempias viral.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Warda Waheeda memaparkan Yassin muncul seketika bersama Farah Waheeda dan anak mereka bernama Warda.

Setakat ini, video berkenaan meraih 1.5 juta tontonan dan 64,000 tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tidak menyangka selebriti berumur 44 tahun itu sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak yang comel.

Kata mereka:

– “Pertama kali lihat keluarga Yassin.”

– “Baru tahu Yassin sudah berkahwin dan memiliki anak.”

– “Lawa isteri Yassin, anaknya pun comel.”

– “Manisnya isteri dan anak Yassin. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.”

 

Video

Terdahulu, Yassin menganggotai kumpulan Senario iaitu kumpulan lawak terkenal di Malaysia pada waktu dulu.

Dia bagaimanapun terpaksa mengundurkan diri pada 10 Julai 2002 setelah kontraknya tamat.

Bakat pelawak ini bukan calang-calang. Yassin dicalonkan sebanyak lima kali bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Bakatnya  dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1999.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: TikTok Warda Waheeda 

via malaysiatime.me

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.