“Nak macam papa” – Murid bergaya bawa beg galas berjenama ke sekolah.

KETIKA kanak-kanak seusianya berusaha memujuk ibu bapa membelikan beg jenama Smiggle, Muhammad Qalish Muhammad Zaki pula tampil lebih bergaya ke sekolah dengan beg Guccinya..

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Bila anak hang darjah tiga dah minta beg Gucci,” tulis ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Rahaizah Ramli, 33, di media sosialnya.

Bercakap kepada mStar, wanita yang lebih mesra dengan nama Eyza Zakiey itu berkata, anak kesayangannya itu sememangnya kurang meminati beg dipenuhi gambar kartun seperti kanak-kanak lain sejak kecil lagi.

Malah, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu juga cukup mahir dengan barangan berjenama termasuk kereta.

“Dia memang dari kecil tak minat beg kartun, mungkin sebab dari kecil dah terbiasa macam ni dan dia memang dah kenal dengan jenama-jenama ni, macam LV, Gucci, Prada, Chanel. Tambah kalau bab-bab kereta, semua jenis kereta dia kenal horse power berapa semua dia tahu,” katanya.

Berminat dengan beg jenama yang digunakan bapanya, Qalish, kemudiannya meminta beg yang sama untuk digunakan ke sekolah.

“Dia cakap beg lama dia ‘panjang’ (besar) sampai punggung, jadi dia nak juga beg Gucci macam papa dia.

“Kasut pun sama… selalu kami beli kasut dewasa dekat dia tapi saiz paling kecil. Beg tu pula, kebetulan masa tu kami tengah shopping, tu yang dia minta belikan dia beg baharu.

“Jadi kami pun belikan saja. Tak apa la, kita kerja keras untuk anak-anak juga,” katanya yang mempunyai perniagaan kosmetik jenama sendiri, Perfectus Cosmetics.

Anak tunggalnya itu bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di Alor Setar, Kedah.

Mengakui dia sendiri tidak pernah merasa hidup ‘dimewahkan’, Eyza berkata dia tidak ingin ambil pusing dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan sesetengah individu di ruangan komen video tersebut.

Katanya, dia tidak nampak sebarang kesalahan untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk ahli keluarga dan membahagiakan keluarganya.

“Saya tak kisah apa orang nak kata, lain orang lain caranya.

“Dulu saya susah, saya tak dapat merasa semua ni, sekarang saya buat bisnes jual foundation RM5. Alhamdullilah dengan izin Allah, kami berjaya sehingga ke tahap sekarang, walaupun masih ikan bilis, saya bangga dengan diri sendiri sebab ini semua atas hasil titik peluh sendiri,” .

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.