“Lofa nak order nasi boleh ke?..” – Neelofa Mengidam Nasi Dagang, Akui Tunggu Masa Nak Bers4lin?

Selebriti terkenal Neelofa mencvri perhatian ramai wargamaya apabila mengidam dan membuat tempahan nasi dagang sebelum dirinya memasuki tempoh berpantang tidak lama lagi.

Menerusi platform TikTok, sebuah outlet menjual nasi yang popular, Grannies berkongsi perbualan tempahan nasi dagang yang dipesan oleh usahawan fesyen itu sebagai menu sarapan pagi.

“Breakfast untuk Neelofa. Alhamdulillah semoga Grannies terus memberi manfaat kepada ramai orang,” tulisnya di dalam video yang dikongsi.

Dalam perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, pihak mereka membuat penghantaran nasi dagang yang dipesan terus ke rumah bekas pengacara MeleTOP tersebut.

Menurut Neelofa, dia teringin menikm4ti nasi dagang sebelum tempoh berpantang bermula.

“Baby kenyang, mak dia lagi kenyang,” tulis Lofa di dalam perbualan WhatsApp yang dikongsi.

Video:

 

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Neelofa memesan nasi dagang kerana mengidam sebelum dia mel4hirkan anak sulung.

Tidak kurang juga perkongsian tersebut membuatkan mereka yang berada di luar Lembah Klang turut sama ingin merasa nasi dagang Terengganu yang dipesan oleh Neelofa.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada 27 Mac 2021.

Biarpun masih mengunci mulut mengenai cerita kehamilannya, namun umum mengetahui akan perkara itu apabila dia berkongsi foto-foto terkini dengan perut yang semakin sarat.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : viralmy.me/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.