Dapat Upah Tanam Rumput, Anak Terus Belanja Ibu Bapanya KFC – “Dulu baru sebut nak makan terus mak marah’’

Restoran Kentucky Fried Chicken atau KFC sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Setiap kali ada acara istimewa, keluarga berkumpul, reunion kawan dan lain-lain, semestinya KFC menjadi pilihan. 

Seperti satu video yang tular di TikTok, seorang pemuda berkongsikan video dia membawa ibu bapanya menjamu selera di restoran KFC. 

Mujibul Talib Abdul Latif, 26, yang merakam detik manis bersama ibu bapanya sedang menjamu selera di restoran yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru, Johor selepas dia mendapat upah hasil kerjanya menanam rumput karpet. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut mStar, Mujibul Talib yang bekerja sebagai kerani perakaunan di sebuah syarikat di Pasir Gudang dan melakukan kerja sambilan mengambil upah menanam rumput karpet. 

“Masa tu saya baru balik dari tanam rumput karpet. Kebetulan dapat bayaran cash, saya terus bawa mak ayah keluar belanja makan.

“Mula-mula ingat nak belanja makan dekat satu kedai makan ni tapi tutup pula. Lepas tu saya nampak KFC terus bawa mereka makan dekat restoran tu.

“Masa tengah makan terimbas pula masa saya kecil dulu, susah nak dapat makan KFC ni sebab pada zaman tu harganya dianggap mahal.

“Saya pula datang dari keluarga susah. Dulu masa kecil, pernah saya teringin nak makan KFC tapi kena marah dengan mak… lepas tu kami pergi pasar malam je beli makanan,” imbasnya.

Mujibul Talib menganggap KFC sudah menjadi hidangan makan mampu milik sekarang namun dia juga tak menafikan masih ramai yang percaya KFC masih makanan mewah dan hanya menikmatinya semasa acara istimewa.

Muji memberitahu selepas video itu menjadi tular, dia mendapati rupanya ramai yang berkongsi cerita di ruangan komen beranggapan bahawa makan KFC masih lagi dijadikan sebagai makanan yang ada nilai sentimental.

“Saya kongsi video di TikTok tu untuk simpan momen manis dengan mak ayah sebagai kenangan. Bila-bila nanti saya boleh tengok balik video tu. Tak sangka pula boleh jadi viral.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan saya, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat nak buat lebih lagi,” ujarnya

Komen Netizen

 

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.