‘M4u jadi m4k tlrl saya ?’ – Sambut Harijadi Bersama Ayahnya, Kapsyen PU Azman Tarik Perhatian Ramai

Penceramah bebas, pengacara dan pelakon iaitu PU Azman bukanlah satu nama asing lagi di Malaysia. Bekas juara Pencetus Ummah musim kedua ini sering kali menjadi perhatian netizen, kerana telatahnya yang mencuit hati.

PU Azman yang sinonim dengan panggilan Cik Man juga popular dengan penggunaan bahasa sempoi atau hipster untuk berd4kwah, dimana ianya bertujuan untuk menarik anak muda memahami hukum Islam.

Pendekatan ini ternyata berkesan apabila ramai anak muda bertanyakan soalan kepada PU Azman terutamanya di media sosialnya.

Terbaru, PU Azman memuatnaik gambarnya menyambut harijadi bersama ayahnya di kampung. Berbeza hanya sehari tarikh, PU Azman memutuskan untuk menyambut harijadi sekali dengan ayahnya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

PU Azman sempat bergurau di kapsyen dengan mengatakan dia dan ayahnya memiliki satu persamaan iaitu dua-dua bujang. Menutup posting, dia sempat bergurau dengan menulis ada tak yang sudi menjadi mak tirinya. 

Menjengah ke ruangan komen ,ramai yang mengucapkan selamat hari lahir buat mereka selain mendoakan kedua-dua mereka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

 

Sumber : IG PU Azman via sinarviral

Leave a Reply

Your email address will not be published.