Eira Syazira dan Suami Selamat Tiba Di Tanah Suci Untuk Menunaikan Umrah

Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah. Sebelum berlepas, Eira sempat meluahkan rasa syukur untuk peluang tersebut dan memohon maaf kepada orang ramai atas segala kesalahan yang dilakukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

“Alhamdulillah, umrah pertama kami suami isteri, Insya-Allah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami.”

Dengan ini, kami dengan rasa teramatlah rendah diri memohon ampun dan maaf atas setiap khilaf yang sengaja mahupun tak sengaja yang pernah kami lakukan kepada kalian yang mengenali diri kami.”

“Doakan kami ya, we love you all so much,” coretnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Eira mendoakan agar urusannya bersama Azad dipermudahkan, selain memperoleh umrah yang diberkati Allah SWT.

Hasil tinjauan Gempak di Instagram Story milik Eyra, pasangan berkenaan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah kami selamat mendarat, sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, jam sekarang menununjukkan pukul 4.30 pagi dekat sini,” kata Eira dalam sebuah video bersama suaminya.

Azad dan Eira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

 

 

Sumber: Astro Gempak

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : erakini

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.