B4yi Baru Lahir Dah Ada Gigi, Ramai Cakap Bawa ‘Tuah’ Tapi Doktor Saran Cabut

Gigi natal merupakan gigi yang muncul semasa bayi dilahirkan. Kebiasaanya gigi ini akan dibuang kerana akarnya tidak kuat dan mudah tercabut sehingga membolehkan bayi tercekik jika tertelan gigi berkenaan. Keadaan ini sangat jarang berlaku, sekitar satu kes dalam 2000 bayi yang baru dilahirkan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita, Ciknurul di akaun TikTok, dia berkongsi kisah anaknya yang baru sahaja dilahirkan namun memiliki dua batang gigi di bahagian bawah.

 

Jelas doktor, keadaan itu berlaku akib4t dirinya yang terlebih kalsium dan menyarankan agar gigi tersebut dibuang kerana terlalu lembut, bimbang bayi akan tertelan jika tercabut.

“Doktor cakap terlebih kalsium, dan doktor hospital buat surat suruh cabut sebab gigi dia lembut dan bergoyang.”

Katanya lagi, anak keduanya itu mempunyai rambut berwarna putih sejak dari dalam pervt lagi, manakala bagi anaknya yang ketiga ini sudah mempunyai gigi ketika dilahirkan.

“Saya anak nombor dua ada tumbuh rambut putih dari dalam perut, nombor tiga tumbuh gigi pula.”

 

Klik Untuk Video

 

Video yang berdurasi selama 17 saat itu meraih lebih 976 ribu tontonan dan mendapat lebih 50 ribu tanda suka di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa bayi itu membawa tuah kerana perkara ini jarang berlaku. Malah, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama iaitu sejak lahir sudah mempunyai gigi.

Komen Netizen:

Sumber: Ciknurul

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : ohbulan via sinarviral

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.