“Amboi Confident Matin, Siap ‘Shhhh’ Kan Orang Lagi Tu!” – ‘Terjun Tiruk’ Matin Buat Netizen Terhibur

Gelagat anak-anak kepada pelawak dan usahawan Shuib dan Allahy4rhamah Siti Sarah Raisuddin, sering mencvri perhatian warganet.

Yang terbaharu, Shuib telah berkongsi sepotong video, anak ketiganya Ariq Matin, 6, yang melakukan aks1 terjun tiruk di sebuah taman tema di Pulau Pinang.

Gelagat Matin yang lucu dan yakin sebelum melakukan terjunan menarik perhatian pengikut di laman sosial Instagram (IG).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Dia punya yakin!!! Dia punya lucu!!!! Itulah dia Matin #Holiday #PershuibofHappyness,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut setakat ini, hampir mencecah 1 juta tontonan dan disertai dengan 1,810 komen daripada pengguna laman sosial tersebut.

Rata-rata mereka terhibur dengan aks1 spontan Matin yang sempat menunjukkan isyarat ‘diam’ kepada seorang lelaki yang dipercayai hos untuk acara tersebut.

“Adoi Matin ni…kelakar la!” “Yakin betul dia siap ‘ssshhhh’ kan brader tu lagi!” “Selamba dia suruh brader tu diam,” antara komen ditinggalkan netizen.

Selain itu ada juga yang mengagumi kecekapan Matin berenang dan mahu si cilik itu diberikan Latihan secukupnya dan menjadi perenang negara.

“Hebatnya Matin berenang, acik dah umur 25 tahun baru pandai berenang tu pun level acah-acah.”

“Fuhhh! Skill Matin ni kalau asah lagi, hantar pergi kelas boleh jadi perenang negara nanti ni. Stedy Matin!”

“Matin boleh jadi atlet terjun negara tu!” kata warga net memberikan kata-kata semangat.

Keberanian Matin membuahkan hasil apabila menerima medal daripada penganjur.

“Dapat medal swimming tadi sebab pengurus event kata tak ada budak lagi yang berani terjun,” tulis admin di IG milik Allahy4rham Siti Sarah yang turut berkongsi aktiviti mereka di Pulau Pinang.

Difahamkan, Shuib sejak beberapa hari lalu berada di Pulau Mutiara untuk trip hari keluarga ‘Ratasya To Penang’.

 Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : gempak via sinarviral

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.