“Bakal Jutawan Sekelip Mata”- Wanita Tak Sangka Terjumpa Muntah Ikan Paus

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk situasi yang berlaku di Kemaman ini apabila seorang wanita bakal bergelar jutawan apabila menemui ‘muntah’ ikan paus yang bernilai kira-kira jutaan ringgit.

Beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus.

Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu.

Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah.

“Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan harinya.

“Rupa-rupanya ia bukan sampah tetapi ketulan batu besar berwarna putih lalu menarik minat saya untuk mengambilnya untuk dibawa pulang,” ujarnya ketika ditemui di kedai makannya di Kemasik.

Aida Zurina berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ayahnya ketulan batu seberat kira-kira lima kilogram yang dibawa pulang ke rumah itu sebenarnya muntah ikan paus.

Jelasnya, ayahnya yang berpengalaman sebagai nelayan mengesyaki objek itu amat berharga sebelum membakar sedikit objek tersebut bagi membuktikan dakwaannya.

“Memang benar ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang sangat harum apabila dibakar,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan nelayan di Yemen menjadi jutawan sekelip mata  selepas  mereka terjumpa bangkai seekor paus sperma semasa keluar menangkap ikan di tengah laut, baru-baru ini.

Mereka membelah perut bangkai paus tersebut dan menemui ambergris atau muntah paus seberat 127 kilogram. Bahan yang ditemui dalam perut paus itu amat berharga dan digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.

Kumpulan nelayan itu menjual muntah paus tersebut kepada seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu pada harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) sekali gus  jumlah yang amat besar kepada penduduk Yemen. 

Batu itu terhasil apabila ikan paus memakan sejumlah besar sefalopod seperti sotong dan terhasil disebabkan tidak dicerna sepenuhnya. Bahagian itu bergerak ke u$us ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun.

BAU YANG MENJADI KEGILAAN DALAM INDUSTRI MINYAK WANGI

Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut. Baunya ketika basah sangat bu$uk tetapi selepas mengering ia mengeluarkan aroma manis dan tahan lama, menjadikannya ramuan paling dicari dalam industri minyak wangi.

 

Sumber : Kosmo

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : riverbed.me

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.