Hari Terakhir Di Sekolah, Guru Lelaki Ini Buatkan Sekolahnya ‘Banjir’ Dengan Air Mata

SETIAP pertemuan, pasti ada perpisahan.

Enam tahun mencurahkan bakti sebagai tenaga pengajar, kini tiba masanya untuk Ahmad Farhan Zainudin mengucapkan selamat tinggal kepada warga SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang.

Menjadi antara guru kegemaran di sekolah rendah berkenaan, berita perpindahannya ke sekolah baharu ditangisi murid-murid dan rakan guru.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Video ketika hari terakhir guru ini mengucapkan selamat tinggal kepada para pelajarnya begitu meruntun hati apabila hampir setiap kelas yang dikunjunginya penuh dengan drama air mata.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Farhan berkata dia sendiri tidak menyangka Jumaat lalu menjadi hari yang paling muram sepanjang enam tahun berkhidmat di sekolah berkenaan.

“Itu adalah sekolah pertama yang saya ditugaskan mengajar. Sudah tentu banyak kenangan manis dicipta selama mengajar di sana sejak Januari 2016.

“Sememangnya pada hari terakhir saya di sekolah, saya plan nak ambil video sebagai kenang-kenangan. Apabila saya masuk setiap kelas yang saya ajar untuk ucapkan selamat tinggal, mereka dah sebak.

cikgu paan 3

Rakan guru tidak dapat menahan sebak ketika majlis perpisahan sempena hari terakhir Ahmad Farhan di sekolah tersebut.

“Dalam video tu, murid kelas darjah 3 yang menangis teruk. Ada yang sampai peluk kaki tak nak saya keluar kelas. Kalau ikutkan, ketika itu giliran pelajar Kumpulan A hadir ke sekolah sebab sekarang ikut sistem penggiliran.

“Tapi selepas habis waktu persekolahan, ada di antara murid daripada Kumpulan B yang datang juga nak ucap selamat tinggal. Yang tak dapat datang, mereka hantar ucapan di WhatsApp. Mereka semua tahu Jumaat lalu adalah hari terakhir saya di sekolah sebab saya ada letak di status WhatsApp,” ujarnya yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni.

cikgu paan 4

Bergambar bersama murid-murid yang bakal dirindui selepas ini.

Menurut guru berusia 29 tahun ini, dia berpindah ke sekolah baharu di Kedah selepas permohonan pertukarannya diluluskan.

“Benda paling berat adalah nak berpisah dengan rakan-rakan guru dan pelajar. Namun saya terpaksa kerana tanggungjawab kepada keluarga.

“Selain hubungan jarak jauh (PJJ) dengan isteri yang tinggal di Baling, keadaan kesihatan bapa saya yang menetap di Sungai Petani juga tidak mengizinkan. Ayah saya sakit jadi saya nak dekat dengannya,” kata bapa kepada seorang cahaya mata ini.

cikgu paan 1

Ahmad Farhan menerima cenderamata sebagai kenang-kenangan daripada pelajarnya.

Ditanya apakah ‘resipi’ rahsia sehingga dia menjadi guru kegemaran pelajar, Ahmad Farhan berkata dia lebih gemar menggunakan pendekatan ‘abang dan adik’ dengan murid-murid.

“Saya anggap diri saya macam abang. Selama enam tahun menyewa seorang, saya selalu habiskan masa dengan pelajar, belanja makan, belanja berbuka puasa. Kalau dapat result bagus pun saya belanja.

“Mungkin disebabkan itu, mereka selesa sehingga ada ceritakan masalah famili. Bekas pelajar yang dah bersekolah di tempat lain pun selalu WhatsApp luahkan masalahnya kepada saya. Jadi saya nasihat sebagai seorang abang.

“Tak sangka masa hari terakhir tu, mereka siap bagi macam-macam hadiah seperti makanan, cenderamata, baju, kad ucapan dan sebagainya. Saya tak expect langsung macam tu sekali respons mereka,” ujarnya lagi.

cikgu paan 5

Hari terakhir Ahmad Farhan di SK Bayan Lepas 2.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok meraih sehingga lebih 726,000 jumlah tontonan, Ahmad Farhan berkata dia begitu terharu dengan komen-komen yang dilontarkan netizen.

“Saya saja muat naik sebagai kenangan, tak ada terfikir ia jadi viral. Bila saya dah post, ramai respons yang mereka pun terasa sedih dan ada yang pernah lalui situasi sama.

cikgu paan 2

Ahmad Farhan begitu akrab dengan pelajarnya.

“Jujurnya, saya menangis sambil edit. Isteri saya pun menangis bila tengok video tu. Itulah hari paling sedih dan suram buat saya selama di sana.

“Saya cuma doakan anak-anak murid saya berjaya kelak. InsyaAllah, bila-bila mungkin boleh ke Pulau Pinang lagi, tapi sebagai pelancong pula,” katanya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.