“Taknak kalah!”- Anak Lahirkan Cucu, Tak Lama Lepas Tu Giliran Ibu Bapanya Pula ‘Balas’

Niat seorang anak nak hadiahkan cucu kepada orang tuanya terganggu apabila dia dikejutkan dengan kelahiran sepasang adik kembar dua bulan selepas anaknya lahir.

Dia juga telah berkongsikan video yang melihatkan anaknya itu bersama dua lagi bayi kembar yang dikatakan adik barunya.

Video yang dikongsikan melalui laman TikTok oleh saudari Fatin ini telah membuat ramai ‘cair’ melihat kecomelan anak wanita ini bersama saudara kembarnya itu.

Dengan kapsyen “abah lawan anak gais”, video postingnya yang berdurasi 15 saat itu telah berjaya meraih 670.4 ribu jumlah tontonan dan 59.7 ribu like!

Pautan Video:

 

Jika dilihat melalui video tersebut, anak saudari Fatin lahir pada bulan April tahun ini. Kemudian, pada bulan Jun abahnya pula menimang cahaya mata bukan satu tapi dua! Kembar seiras ya!

Ramai yang terhibur dengan video ini hingga meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Ada yang memuji kecomelan tiga orang bayi tersebut. Namun, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang sama terjadi dalam keluarga masing-masing!

Komen Netizen:

 

Selain memuji gelagat ketiga-tiga bayi comel itu, ada juga yang dah siap bayangkan lagi betapa rapatnya nanti hubungan mereka.

Ya lah sebaya kan…mesti pergi sekolah sama-sama, dah besar pun grad sama-sama, bukan kembar dua dah ni macam triplets! Comel je!

 

 

Sumber : Lobak Merah via sinarviral

 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.