Iqbal Muatnaik Video Kehidupannya Di Indonesia, Ini Reaksi Netizen

Perkongsian usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli di Instagram sering mencvri perhatian netizen.

Terbaru, Iqbal yang kini berada di Indonesia berkongsi video menaiki tuk tuk, katanya, dia meletakkan kereta Mercedes di hotel dan hanya menaiki kenderaan awam tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Menurut Iqbal, dia berbuat demikian kerana mempelajari untuk menjadi seorang yang rendah diri.

“Saya rendah hati saja di Indonesia, betul kan? Lihat saja saya makan di tepi jalan. Mercedes saya parking di hotel sanggup naik bajaj (tuk tuk), tidak macam-macam.

“Ini saya belajar dari ramai orang, katanya ramai sayang kalau kita humble begini, mohon share untuk dijadikan teladan,” coretnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ada yang menulis komen s1nis bertanya sama ada Iqbal tidak pernah melakukan semua itu.

Pada masa sama, ada juga netizen yang menyifatkan usahawan itu mahukan perhatian.

“Bila orang dah banyak duit sampai jadi g1la, sanggup mem4lukan diri memperb0dohkan diri untuk mendapatkan perhatian,”.

“Betul-betul nak attention g1la la dia ni,” .

“Ya Allah, tak perlu kot nak menunjuk perlu ke cakap kereta Mercedes,” .

“Selama ni awak anak raja ya tak pernah buat semua tu,”.

 

Dalam video berkenaan, Iqbal kelihatan memakai sut lengkap kemudian jaketnya ditanggalkan oleh seorang lelaki selain beg yang juga dipegang oleh lelaki sama sebelum menaiki tuk tuk.

Selain itu, video sama turut menunjukkan Iqbal makan di warung tepi jalan kemudian berseronok dengan warga tempatan.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia akan berada di Indonesia untuk satu tempoh panjang atas urusan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia

 

Sumber:Gempak

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : dnq.pw

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.