“Nak Adik Jugak…”- Video Si Kakak Tak Nak Pulang Dari Melawat Kubur Adiknya Undang Sebak

Terdahulu, kisah seorang ibu bernama Murni Nasuha ini pernah viral mandikan jasad anak keduanya yang dijemput Ilahi susulan menghidap pelbagai komplikasi jantung.

Namun siapa sangka, paling terkesan adalah puteri sulungnya yang sebelum ini cukup teruja malah rajin bercakap dengan baby Mohamad Affan sejak dalam rahim lagi.

Pautan Video

Baru-baru ini, keluarga kecil Murni berkesempatan ziarah pusara anak syurga tersebut bersempena genap sebulan pemergiannya. Menerusi perkongsian video di TikTok, si kakak bernama Afra Eryna dikatakan paling tidak sabar pergi ke sana.

Pautan Video

Bukan setakat menyentuh tanah kvbur seperti sedang membelai bayi berkenaan, mulutnya juga tidak lekang bertanya mengapa tidak boleh bawa balik adik ke rumah.

Selesai ziarah kubur, Afra Eryna juga merajuk tidak mahu pulang tanpa adiknya. Paling meny4yat hati, si cilik tersebut tiba-tiba mengalirkan air mata namun tanpa suara susulan teramat merindui baby Affan.

Pautan Video

Justeru itu, Murni berharap agar satu hari nanti puterinya betul-betul faham mengapa adiknya memang tidak boleh kembali semula dalam pangkuan mereka sekeluarga.

Ruang komen nyata dibanjiri reaksi pilu dan sebak netizen susulan mengenangkan perasaan rindu si kakak terhadap adik kesayangannya. Selain mendoakan agar sentiasa tabah, mereka turut berharap agar keluarga tersebut diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: TikTok afraeryna18

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.