Kantoi Ber’dating’, Ayah Baling ‘Handphone’ Anak Kedalam Sawah. Anak Pula Meronta Atas Jalan Tanda Protes

Orang kata nak membesarkan serta mendidik anak perempuan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui oleh seorang ayah, lebih-lebih lagi bila mereka semakin meningkat remaja. Pengalaman sama turut dilalui seorang lelaki tua ini sehingga tular di media sosial.

Ayah rampas handphone milik anak & terus baling dalam sawah…Kecewa anak keluar dating

Menerusi satu rakaman berdurasi kurang 20 saat, lelaki berkenaan baru sahaja merampas telefon bimbit milik anak perempuannya. Lantas gadjet berkenaan dibaling sekuat hati menuju ke dalam sawah berdekatan. Keputusan itu diambil kerana kecewa apabila mendapati remaja tersebut keluar berdua-duaan bersama teman lelakinya.

Tak boleh buat apa-apa, remaja perempuan tu boleh menangis sahaja

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Gara-gara terkejut dan sedih dengan tindakan dilakukan ayahnya, gadis berkenaan terus terjelepok di tepi motor yang dinaiki. Malah bukan itu sahaja, remaja itu juga sempat berguling dan meronta-ronta sebagai tanda protes namun tidak dihiraukan lelaki berkenaan.

Yang kat dalam kereta rasa macam tengah tonton live drama…Kesian pulak dekat ayahnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan ayahnya dalam mendisiplinkan seorang anak. Dalam pada itu, mereka juga memuji lelaki tersebut yang tetap bertegas dengan pendirian meskipun disaksikan orang awam.

 

Sumber:Instagram memomedsos & Portal Merdeka

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : dnq.pw

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.