“Jasa Beliau Pada Industri Sangat Besar”-Fizz Fairuz Harapkan Bell Ngasri Menang ‘Anugerah Sepanjang H4yat’

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz titipkan harapan agar pelakon dan pelawak Bell Ngasri berbakat seharusnya diberikan anugerah sepanjang hyat di atas jasanya terhadap seni.

Mahu Bell Ngasri Dapat Anugerah Sepanjang Hyat

Menerusi posting di Instagram, Fizz Fairuz berpendapat bahawa Bell Ngasri telah memberikan jasa yang besar terhadap industri seni. dan berharap pihak Festival Filem Malaysia memberikan anugerah kepada Bell Ngasri yang telah menjadi pelakon, pengacara, dan pelawak sejak tahun 1990.

“Hope jugak @officialffm31 angkat bakat anak seni @bellngasri sebagai anugerah sepanjang tahun.. Jasa beliau pada industri sangat besar. Mohon pandang jasa beliau pada industri sekian lama dia dalam dunia seni ini. Hope ada sinaran untuk anak-anak seni tanahair..Aminn”-Fizz Fairuz

 

Akui Tidak Pernah Menang Anugerah Sejak Kecil 

Terdahulu, pada minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM21), Bell Ngasri menjadi perhatian selepas melontarkan dialog bahawa dia tidak pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah mula menjadi pelakon dan pelawak sejak kecil menerusi segmen pertama pertandingan dengan tema Majlis Keraian.

“Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun.”-Bell Ngasri

Selain itu, satu lagi dialog Bell Ngasri yang telah membuka mata banyak pihak adalah apabila dia menyebut sudah lapan kali menyertai Maharaja Lawak Mega dan tujuh kali telah ters1ngkir awal.

“Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali ters1ngkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi.”-Bell Ngasri

Ada betulnya dialog yang telah dilontarkan oleh Bell Ngasri itu. Dia sudah lama berkecimpung dalam industri seni tetapi masih tiada pihak terlibat yang menghargai bakatnya…

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : murai.my

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.