Rakaman Seekor Kucing Beratur Nak Masuk KFC Raih Perhatian Ramai

Telatah kucing memang kadang-kadang penuh dengan kejutan dan tidak dapat dijangka gelagat mereka ini. Macam situasi lucu yang dikongsikan ini tentang gelagat seekor kucing yang turut sama beratur untuk membeli makanan di restoran makanan segera KFC.

Gelagatnya yang berada di barisan paling hadapan sekali itu turut mencuit hati netizen. Malah dia juga kelihatan seperti betul-betul mahu membeli ayam goreng di situ sambil menunggu gilirannya tiba.

Pautan Video

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan situasi lucu yang berlaku semasa dia berada di restoran KFC itu. Memandangkan situasi semasa kini, kebanyakan restoran menghadkan jumlah pelanggan yang boleh memasuki premis dalam satu sama.

Oleh itu, ada yang akan terpaksa beratur dan menunggu di luar restoran dahulu sebelum dibenarkan masuk. Apa yang menarik perhatiannya di sini ialah kucing itu juga turut sama mengikuti pelanggan yang sedang beratur di situ.

kucing beratur

Lebih melucukan, kucing itu juga adalah yang pertama sekali berada di barisan paling hadapan untuk menunggu. Dalam masa yang sama, dia juga turut memberikan reaksi wajah yang selamba apabila dirakamkan dari dalam restoran itu.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berdekah melihat gelagat spontan dari kucing itu. Malah ada yang berseloroh bertanyakan keadaan kucing itu yang mungkin diminta untuk beratur di situ bagi pihak pemiliknya.

“Meow: Aku nak ayam kepci ni cepat lah bukak pintu.”

kucing

“Yang misai kontot tu face mask mana?”

beratur

“Scan mysejahtera ke tak?”

komen

“Untung lah boleh bayar dengan muka comel.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.