Anjurkan Sambutan Hari Jadi Untuk Anak-Anak Shuib, DS Vida Diusik Netizen.

Perkongsian video usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) yang meraikan hari lahir anak sulung pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais Al Qarni menarik perhatian wargamaya.

Menurut DSV, beliau tidak dapat hadir meraikan hari lahir Uwais ketika sambutan sebelum ini, justeru membuat keputusan untuk mengadakan sambutan sekali lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“Happy Birthday Uwais, maaf Mama Vida tak dapat datang masa Uwais celebrate hari tu, so Mama Vida celebrate sekali lagi.

“Semoga Uwais dan adik adik jadi anak yang soleh kepada Daddy @shuibsepahtu, jadi anak Daddy yang hebat,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, DSV tidak lupa mengajak orang ramai untuk membacakan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah.

“Ramai-ramai kita sedekahkan Al-Fatihah kepada bidadari syurga @sitisarahraissuddin,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan gembira melihat DSV bersama anak-anak Shuib.

Malah, ada juga netizen yang mengusik DSV sekiranya usahawan itu mahu menjadi ibu baru kepada anak-anak Allahyarhamah.

 

Komen Netizen

“Tiba-tiba otak bayangkan jadi mama betul diorang,” .

“Baik mak tiri macam ni,” .

“Jadi mama Wais pun okay Datuk, sama sama rancak berniaga dan usahawan berjaya,” .

“Sama-sama single, boleh la Datuk, diorang menumpang manja seorang ibu,” .

Berdasarkan tinjauan Gempak, sambutan hari lahir Matin itu diadakan oleh pihak DSV di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.

Beberapa orang daripada pasukan DSV turut kelihatan selain dua lagi adik beradik Matin, Dzhaira Talita Zahra dan Ariq Matin turut sama meraikan.

Shuib tidak dapat hadir atas sebab tertentu, bagaimanapun bapa kepada empat cahaya mata itu mengucapkan terima kasih kepada DSV atas kebaikan beliau.

“Terima kasih Dato Seri sudi luangkan masa untuk anak-anak, layan kerenah anak-anak, diorang balik dok bercerita pasal Dato Seri. Maaf tak dapat join, Insya-Allah next time ya, terima kasih atas segalanya,” tulisnya di ruangan komen.

 

 

 

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.