Netizen Ser0nok Teng0k Neelofa Lawat Kilang Percetakan Al-Quran Kedua Terbesar Dunla

Umum mengetahui usahawan popular, Neelofa masih lagi enggan mengumumkan tentang status kehamilannya.

Sungguhpun kelihatan dirinya semakin sarat, namun, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor itu masih utuh mengunci mulut.

Seperti biasa, Neelofa masih menjalankan kerja-kerja harian seperti menguruskan bisnes dan pertubvhannya.

Menyorot perkongsian terkini di Instagram, Neelofa yang turut mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa dilihat baru sahaja selesai melawat Nasyrul Quran, iaitu kilang percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia.

Menariknya, kilang yang serba cantik berkenaan terletak di Malaysia, iaitu di Putrajaya. Pada ruangan kapsyen, Neelofa melahirkan rasa kagum terhadap sesi lawatannya itu dan berharap apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.

“Pertubuhan Kasih Neelofa berkesempatan melawat Nasyrul Quran, Putrajaya iaitu kilang mencetak Al-Quran kedua terbesar di dunia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Masya-Allah, rasa satu kesempatan yang sangat berharga bagi kami untuk dikongsikan kepada semua,” katanya sambil berkongsi rakaman video ketika dia berada di sana.

Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut kerana rupanya ada kilang percetakan besar terletak di negara kita 

 

KOMEN

“Masya-Allah. Hebatnya Malaysia. Baru tau,” tulis seorang pengikutnya.

Dalam masa yang sama, ramai peminat turut memuji penampilan Neelofa menerusi video berkenaan.

“In love betul dengan Lofa. Duk ralik tengok dia je,” .

“Yes, sis pun duk tengok Lofa masya-Allah makin comel,” .

Selain itu, terdapat juga pengikut yang ikut teruja melihat Neelofa melawat tempat yang indah dan baik-baik.

“Alhamdulillah Lofa… anak belum lahir lagi dah merasa melawat tempat-tempat yang indah,”.

 

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan belahan jiwanya, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada 27 Mac lalu.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan tubvh Neelofa semakin menampakkan yang dirinya sedang hamil.

Sungguhpun diteb4k oleh media dan juga peminat, namun, baik Neelofa mahupun keluarganya masih mengunci mulut mengenai status kehamilannya.

 

Sumber: gempak

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : rosemerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.