“Finally, U Meet Your Twin…”, – Haqiem Rusli ‘Call’ Hanis Zalikha Sebagai Kejvtan Untuk Isteri!

Sejak Haqiem Rusli, 23 mendirikan rumah tangga, isterinya Anis Sofea, 19 kerap kali menjadi sorotan ramai susulan wajah ayunya yang hampir mirip dengan selebriti popular, Hanis Zalikha.

Ramai yang mengakui hal itu dan Sofea sendiri beberapa tahun lepas pernah viral susulan gambar dan videonya yang dikatakan ‘kemb4r’ dengan isteri aktor Hairul Azreen.

Oleh sebab itu, Haqiem Rusli telah membuat kejvtan untuk isterinya dengan menghubungi Hanis Zalikha sendiri untuk bercakap dengan Sofea menerusi panggilan video.

Momen tersebut dikongsikan Sofea di Instagramnya dengan menyatakan yang dia hampir menangis ketika mendapat panggilan dari selebriti kegemarannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒇𝒆𝒂 (@sofeaaaaz)

Dapat dilihat reaksi Sofea yang begitu terkejut sehingga hilang kata-kata apabila membuka mata dan melihat Hairul serta Hanis Zalikha sedang melihatnya melalui panggilan video.

Dikesempatan itu, Haqiem dan Sofea juga sempat menjemput pasangan selebriti tersebut untuk singgah ke kedai makan mereka.

Komen Netizen:

Terdahulu, sekitar tahun 2019, video Anis Sofea di Twitter pernah menjadi perhatian ramai susulan wajahnya dikatakan mirip Hanis Zalikha oleh warganet.

Ketika itu, isteri kepada Haqiem Rusli ini masih lagi di bangku sekolah dan belum lagi menerima tempias populariti seperti sekarang susulan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal Tanah Air.

 

Sumber: instagram @sofeaaaaz

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : rosemerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.