[VIDEO] “Kasih Sayang Mama Tiada Beza…”- Disangka Ibu Susuan, Penjaga Ikhlas Jaga Baby Ayash Macam Anak Sendiri

Keluarga pelawak Shuib kembali menjadi sorotan ramai susulan mengadakan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan yang kini berusia 3 bulan. 

Malah potret yang disunting seolah-olah bayi comel tersebut senyum kepada ibunya tatkala dipangku Shuib nyata meruntun jiwa ramai.

@shuibsepahtu

Terima kasih dtg walau hanya dlm mimpi

♬ original sound – Shuib Sepahtu

Tak terkata masa ni…Mama anggap Ayash seperti anak sendiri

Antara yang turut mencuri tumpuan adalah perkongsian daripada penjaga Ayash Affan. Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok miliknya, Linda Omar akui lidahnya terkelu mengenangkan bayi tersebut tanpa kehadiran bonda tercinta di sisi.

Bukan sahaja sudah menganggap Ayash macam anaknya sendiri, malah dia mahu berkongsi kasih sayang seperti mana mungkin dilakukan Allahyarhamah jika masih hidup lagi.

@meknda_ganu #fyp #tiktokviral #tiktok #tiktokmalaysia #ayashaffan #100hari #alfatihah #sitisarahraisuddin #cukurjambul ♬ original sound – lindaomar

Kakak ipar kepada Siti Sarah ini turut berkata bahawa dirinya tidak pernah bezakan kasih sayang antara anak susuan dengan anak kandung. Justeru itu, Linda Omar berharap semua pihak doakannya agar dapat menjaga Ayash Affan dengan sebaik mungkin.

@meknda_ganu #fyp #tiktokviral #tiktok #tiktokmalaysia #ayashaffan #auntie #auntiedayah #mamalinda #sayangduniaakhirat ♬ Sholawat Merdu – zahra

Rata-rata netizen ‘cemburu’ Linda Omar berpeluang mengasuh bayi kesayangan seluruh rakyat Malaysia tersebut. Namun sebelum ini dirinya pernah menjelaskan bertindak sebagai penjaga saja, bukannya ibu susuan Ayash Affan seperti disangka ramai di ruangan komen.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok meknda_ganu & shuibsepahtu

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *