“Terkedu Tengok Nama Anak Pada Batu Nissan…”-Ayah Arwah,Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

Raisuddin Hamzah (lahir 29 Mei 1956) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia era 1980-an. Anaknya Siti Sarah Raisuddin turut menjadi penyanyi pada ketika itu sehinggalah pada tahun 2021, anaknya meninggal dunia akibat serangan c0vid-19.

Genap sahaja 100 hari pemergian penyanyi Siti Sarah semalam, akhirnya batu nisan yang ditempah dipasangkan di atas pusaranya. Bapa Allahyarhamah, Raisuddin yang merupakan pelakon veteran tanah air bertanggungjawab untuk melakukan ‘turun batu’ di atas pusara anaknya.

Kebesaran Allah siapa yang tahu

Pada hari tersebut juga pihak keluarga telah meletakkan batu nisan di pusara Allahyarham dan hal ini sangat memberi kesan kepada bapanya, Raissuddin Hamzah.

Menerusi laporan dari Mstar, artis senior itu telah meluahkan rasa hiba ketika meletakkan batu nisan anak tersayang yang telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Menurutnya secara berseloroh ketika ditemubual, Raissuddin memaklumkan sepatutnya anak yang meletakkan batu ke pusara bapa namun hal sebaliknya pula berlaku.

Menurutnya, hubungan dia dan Siti Sarah sememangnya amat akrab daripada Allahyarhamah lahir ke dunia memandangkan banyak perkara suka dan duka dikongsikan bersama.

Dia juga sangat bersyukur kerana kesemua cucunya mempunyai rupa dan perangai yang hampir sama dengan ibu mereka. Ia sekali gus membantu bapa ini menebus kerinduan terhadap puterinya.

Ayyash anak yang sangat mudah dijaga

Bercerita perihal cucu bongsu dari Siti Sarah iaitu Ayyash Affan, penyanyi era 80an itu memaklumkan yang cucunya sangat mudah dijaga. Disebabkan faktor usia, Raissuddin akui tidak mampu untuk berjaga malam namun isteri serta anak menantunya sentiasa membantu Shuib menguruskan Ayyash.

Sugul di majlis tahlil

Selain daripada itu, reaksi sugul Raissuddin ketika majlis tahlil 100 hari Allahyarham Siti Sarah telah dirakam dan dimuat naik ke akaun Instagram Allahyarham dengan kapsyen yang agak menyentuh hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Youtube mStar Online Malaysia

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *