“Tak Kira Hipokrit Ke?”- Pendirian PU Riz Terima Tawaran Berlakon Lepas Menang Anugerah Dipersoal

Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Riz meraih anugerah Gandingan Serasi Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Ke-34 (ABP34) menerusi lakonannya bersama pelakon dan penyanyi Wanna Ali dalam filem Ada Apa Dengan Dosa.

Menerusi laporan media tempatan, suami kepada usahawan tersohor Neelofa itu memberitahu bahawa dia tidak menolak jika ditawarkan untuk berlakon pada masa akan datang.

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Haris Mohd Ismail itu, kemenangan pertamanya pada majlis anugerah berkenaan tidak sama sekali menjadi noktah terhadap karier seninya.

Bagaimanapun, kongsi PU Riz, pilihan watak yang sesuai adalah perlu agar naskhah yang dibintanginya sentiasa berlingkar pada paksi kisah dakwah dan berkonsepkan Islamik.

 

Dalam pada itu, PU Riz turut menjelaskan yang dia tidak mahu terus menghilangkan diri daripada radar seni hiburan. Katanya, dia kini sibuk memikul tanggungjawab bertugas sebagai guru sementara selain mengelolakan perniagaannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di sebuah forum hiburan, ada yang menyifatkan kenyataan PU Riz sebagai bertentangan dengan aktiviti dakwah yang sering dilakukannya seharian.

“Macam ni tak kira hipokrit ke? Kemain nasihat orang kiri kanan tapi kau lepas dapat award, terus nak berlakon dunia lagho balik. Buat malu jelah dia ni,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, ada yang menyifatkan PU Riz sebagai seorang individu yang gila glamor.“Pigidah kau memang gila glamor. Nak masuk Hero Remaja tak dapat kan,” ulasnya.Selain itu dikritik tentang dunia lakonan, kemampuan PU Riz dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru sementara turut dipersoalkan.

Ujar netizen, gaya bahasanya dalam bahasa Melayu agar carca marba dan tunggang langgang.Untuk rekod, PU Riz bergelar guru sementara di sebuah sekolah menengah di ibu kota dan mengajar subjek Bahasa Inggeris serta Pendidikan Islam jika diperlukan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Gempak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.