“Melampau, Ini Bukan Badan Saya…”- Penat Hadap Hinaan, Iqbal Nak Lari Dari Malaysia!

BUKAN sahaja sering dikecam netizen gara-gara kontroversi, usahawan Ahmad Iqbal sekali lagi diuji apabila fotonya disalahguna untuk diletakkan di akaun Facebook palsu.

Tidak berhenti menerima mesej bertanyakan kesahihan, Iqbal terpaksa tampil menafikan foto yang memperlihatan wajahnya itu disunting dengan tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam.

Pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli ini menganggap individu disebalik akaun palsu itu sudah melampau memandangkan sebelum ini wajahnya juga pernah disunting dengan teruk dan mengaibkan.

Iqbal berkongsi perkara itu di Instagram.

“Ini bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan.

“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun FB baru?

“Tidak! FB saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada satu lagi page palsu yang bernama ‘IQbal Zulkefli’ mendapat komen beratus orang setiap post.

“Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti seekor bab*, namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai,” tegasnya menerusi Instastory pada Khamis.

Terdahulu, Iqbal memuat naik paparan skrin akaun Facebook palsu menggunakan gambarnya yang disunting dengan badan orang lain.

Dalam pada itu, Iqbal memohon pertolongan netizen untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut yang didakwa sudah menyekatnya.

Iqbal berasa dirinya tidak lagi sesuai menetap di Malaysia.

Biarpun memilih untuk bertenang dan terus bertabah dengan dugaan tersebut namun Iqbal menganggap dirinya tidak lagi sesuai untuk menetap di Malaysia.

“Tolong saya cuba report akaun tersebut: Iqbal Zul. Saya cuba cari sekarang tidak dapat jumpa mungkin mereka sudah sekat saya.

“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apa pun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah.

“Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,” luah Iqbal.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *