“Innalillahiwaiinailaihirojiun…”- Pelakon Veteren Fetty Dzul Menghembuskan Nafas Terakhir Pagi Tadi Akibat Covid-19 Tahap 5

Berita pemergian Fetty atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim disampaikan anaknya dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.

Menurut Ijat, ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 7 November lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fetty Dzul (@fettydzul)

“Semoga Allah mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya.

“Terima kasih di atas semua ingatan dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan, minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul,” katanya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!,” kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.

Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam tadi yang disertai rakan-rakan penggiat seni. Allahyarham begitu laris membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Fetty dikenali peminat kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem.

Selain pelbagai drama dan telefilem, Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fetty Dzul (@fettydzul)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Harian Metro

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *