“Duit Peruntukan pun disekat…”- Syed Saddiq Putuskan Tak Sokong Bajet 2022

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memutuskan untuk tidak menyokong Bajet 2022 yang dijangka diadakan undiannya pada petang ini.

Pendirian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Parlimen Muar yang tidak mendapat peruntukan seperti mana kawasan pembangkang yang lain.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan kerana kebajikan rakyat Muar adalah tanggungjawab beliau.

“Apabila orang Muar didiskriminasikan dan di anak tirikan, sampai duit peruntukan pun disekat, apa lagi pilihan saya ada? Saya memutuskan untuk tidak akan menyokong Bajet 2022.

I need to hold our government accountable to the people (Saya perlu pegang tanggungjawab kerajaan kepada rakyat). Jangan hukum rakyat dengan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Nanti rakyat akan hukum kamu pada PRU Ke-15,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Syed Saddiq mendakwa, rakyat Muar sudah ditipu dan dikelirukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“September lepas sudah putuskan semua pembangkang akan dapat peruntukan. Saya pun sudah bersetuju mahu tandatangan memorandum persefahaman (MoU), tetapi sampai sekarang masih tiada.

“Saya sudah bangkit dalam Parlimen awal minggu ini, Menteri jawab bincang luar. Saya sudah jumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tiga kali, bincang di luar dan mengharapkan sebarang keputusan, tetapi masih tiada kata putus.

“Menteri apabila menjawab soalan saya telah membuat kenyataan yang menipu dan/atau mengelirukan kerana sampai sekarang Muar tak dapat peruntukan, tetapi Pembangkang lain semua sudah dapat,” jelasnya. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : FB Syed Saddiq

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *