Shuib Akui Susah Nak ‘Move On’, Buat Majlis Tahlil, Cukur Jambul & Aqiqah Sempena Genap 100Hari Pemergian Arwah Siti Sarah

Tanggal 16 November genap 100 hari arwah penyanyi, Siti Sarah meninggalkan ahli keluarganya dan kita semua. Bukan itu sahaja, hari ini juga genap 100 hari usia anak keempatnya iaitu Ayash Affan.

Di Instagram, Shuib dilihat menganjurkan sebuah majlis tahlil, cukur jambul dan aqiqah buat arwah serta anak bongsunya itu. Shuib mengakui ada ketikanya dia menitiskan air mata setiap kali terkenang arwah isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, emosinya sering terganggu sejak kehilangan isteri 9 Ogos lalu.

Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan media itu dilihat sungguh indah dengan kehadiran Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Dalam majlis malam ini, Shuib dan anak-anaknya memakai baju serba putih dan Ayash Affan kelihatan sangat comel dan tersenyum tatkala majlis cukur jambul sedang berlangsung.

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini.

“Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

Tengah hari tadi, Shuib dipercayai menziarah pusara arwah isterinya. Menerusi posting di Instagram Story, Shuib menggunakan lagu ‘Saat Terakhir’ nyanyian kumpulan ST12 . Rata-rata netizen turut tersentuh melihat posting berkenaan dan mendoakan yang terbaik buat Shuib dan keluarga.

Rata-rata kenalan rapat dipercayai masih lagi terkesan dengan kehilangan arwah Siti Sarah. Mereka mendoakan gembira di sana.

Shuib ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan dan tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah di Puchong, Selangor.

Sementara itu, Shuib turut berkongsi dia masih belum pernah mimpikan arwah isteri sejak pemergiaannya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

Mengakui berat badannya sedikit susut, Shuib akui dia juga hilang selera makan.

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak.

”Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar ja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhBulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.