[VIDEO]”Padan Muka…”- Lelaki Pukul Lelaki Tua Guna Topi Keledar Kini Diberkas Polis

Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman CCTV memperlihatkan seorang lelaki bertindak memukul seorang warga emas menggunakan topi keledar. Kejadian tersebut berlaku di Stesen Minyak Shell, Tol Jalan Duta.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh careta_malaysia, seorang warga emas itu dilihat bergerak seiringan untuk menuju ke pam minyak yang sama dengan penunggang motorsikal tersebut.

Setelah memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta, mangsa dihampiri oleh lelaki itu dan berlakunya pertengkaran pendek di antara mereka.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut bertindak memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar miliknya sehingga menyebabkan mangsa rebah di pam minyak itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Diberkas Pihak Polis

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu peribadi.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dadah berbahaya pada tahun 2010 dan masih dikehendaki polis bersabit kes tersebut namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia negatif dadah.

“Susulan penahanan suspek, pihak polis turut bertindak merampas pakaian yang dipakai ketika kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR3 dan sebuah topi keledar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Saksi Awam Diminta Hadir Ke Balai Polis

Menurut Amihizam, suspek mendakwa, kereta dipandu mangsa telah masuk ke petak pam minyak di mana dia hendak mengisi minyak motosikalnya mengakibatkan suspek tidak berpuas hati lalu bertindak memukul kepala lelaki berusia 64 tahun itu menggunakan topi keledar.

“Mangsa telah menerima rawatan di hospital serta dibenarkan keluar wad hari ini dan keterangan lanjut mangsa akan dirakam apabila dia telah benar-benar pulih dan bersedia memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Tambah Amihizam, saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut turut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan.

“Berapa minit je tunggu orang Isi Minyak, Bodoh tak bertempat…”

Menerusi Instagram, video tersebut kini telah berjaya meraih lebih 44,645 tontonan sejak dimuat naik . Kejadian yang berlaku turut mengundang kemarahan orang ramai yang ingin lelaki penunggang motorsikal itu diberkas oleh pihak berkuasa dan dikenakan hukuman setimpal.

Mana tidaknya, sanggup cederakan warga emas gara-gara tidak bersabar. Bukannya terpaksa tunggu berjam-jam untuk mengisi minyak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Kosmo, TRP

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *