“Pening Kepala Nak Cari Tukang Masak….”- Pakar masak ‘Siam’ masuk Malaysia ikut Sungai Golok

Pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi membuatkan ramai warga Thailand sudah tidak sabar kembali semula ke Malaysia untuk mencari rezeki termasuk golongan pakar masakan Thai seperti tomyam.

Difahamkan, ada antara mereka sanggup menyusup masuk ke negara ini melalui Kelantan secara haram, dengan ribuan lagi dikatakan sedang menunggu peluang, berikutan pintu masuk antarabangsa masih belum dibuka.

Warga Thailand mahu dikenali sebagai Mat Duey, 34, memberitahu Utusan Malaysia, penutupan sempadan Malaysia-Thailand menyebabkan dia hilang pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran di Cheras, Kuala Lumpur.

Kata Mat Duey, khidmat ‘pakar’ masakan ala-Thai seperti tomyam amat diperlukan di Malaysia ketika ini kerana kebanyakan mereka sudah pulang ke negara asal selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu.

“Bekas majikan saya merayu meminta saya kembali bekerja dengannya dan cari jalan untuk masuk ke negara ini. Sejujurnya upah ditawarkan lumayan iaitu hingga RM4,000 sebulan namun risiko masuk secara haram ini tinggi.

“Kawan beritahu, ada ‘cara’ masuk ikut Sungai Golok tapi kena bayar mahal hingga RM3,000 satu kepala. Fikir-fikir balik, jika tertangkap memang tidak berbaloi. Jadi sabar dululah,” kata pemuda berasal dari Narathiwat itu baru-baru ini.

Seorang lagi warga Thailand mahu dikenali sebagai Wea Sanie, 40, berkata walaupun takut, dia nekad merancang untuk masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok kerana terdesak memikirkan kantung yang semakin menipis.

“Saya balik ke Thailand kerana sangka Covid-19 ini tidak lama, namun telahan itu silap sampai sekarang belum reda. Kehidupan di Thailand sukar buat saya untuk mencari rezeki tidak seperti di Malaysia.

“Walaupun mata wang Baht agak tinggi berbanding Ringgit Malaysia, kadar upah yang saya dapat di Malaysia tetap lebih lumayan. Sebab itulah saya rela berkelana di Malaysia,” katanya.

Wea Sani yang bekerja di Malaysia sejak berusia 18 tahun bagi membantu meringankan beban keluarga memberitahu, perasaannya bercampur baur apabila membaca berita ada rakyat Thailand ditangkap kerana masuk ke Malaysia secara haram.

Mengikut rekod, dalam tempoh sebulan, 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi penugasan Op Benteng Covid-19 pada 16 September hingga 17 Oktober lalu.

Sepanjang tempoh penugasan PGA yang membabitkan kawasan sempadan bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat ke Rantau Panjang, majoriti PATI ditangkap merupakan warga Myanmar, Thailand dan Bangladesh.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, hasil soal siasat dan maklumat, kebanyakkan PATI yang cuba masuk ke negara ini menggunakan khidmat ejen dengan caj RM3,000 hingga RM5,000 satu kepala.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *