“Mana-Mana Rancak, Berdosa…”- Ini Asal Usul Cerita Disebalik Ayat Viral Ni

Sejak akhir-akhir ini trend menggunakan sound ‘Mana mana rancak, berdosaaaa’ menjadi ikutan ramai untuk menggunakannya di TikTok. Umum sedia tahu aplikasi ini kini menjadi kegemaran ramai kerana memiliki video-video yang cukup menghiburkan.

Malah dengan trend pengguna bunyi ‘mana mana rancak’ ini membuatkan video lebih meriah. Pasti ramai yang tertanya-tanya dari manakah video asal dengan bunyi sedemikian. Jika dilihat pada perkongsian video orang ramai, mereka menggunakan sound asal oleh pemilik akaun @ahmadsaffuan86.

Terbaharu, ayat “Mana-mana rancak, berdosa” kian meniti ke bibir ramai meskipun tidak tahu apakah motif atau makna di sebaliknya.

Menyedari video sedemikian rupa telah mendapat perhatian ramai, lelaki bernama Ahamad Saffuan akhirnya tampil memuat naik penjelasan asal usul bagi ayat viral berkenaan.

Pada suatu hari, dia ada terdengar rakannya menyebut “rancak, berdosa” yang dikatakan asalnya disebut oleh ‘Mat Motor’ di TikTok.

@ahmadsaffuan86

Hari ini rancak, mana mana rancak, berdosa berdosaaaa 🤭😁😂😛

♬ mana mana rancak_berdosaaa. – Ahmad Saffuan

Tambah Saffuan lagi, dia hanya tertarik dengan sebaris ayat yang disebutkan dan menambah beberapa perkataan lain lagi. Lelaki ini merakamkan mukanya di TikTok dengan gaya dan cara tersendiri sehingga berjaya menghiburkan warganet.

Pun begitu, pemandu lori ini turut menyatakan bahawa dia tidak akan menerima sebarang income daripada bunyi itu kerana menghormati empunya asal.

@ahmadsaffuan86

Mai kita dengaq penjelasan Mana Mana Rancak BERRDOSAAA !!!

♬ bunyi asal – Ahmad Saffuan

Rata-rata masih tidak boleh move on dengan bunyi yang pernah dikongsikan oleh Saffuan. Ada juga sempat berseloroh mengatakan lelaki ini boleh pergi jauh kerana bakatnya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Instagram ahmadsaffuan1001 & TikTok ahmadsaffuan86

 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *